Thursday, June 17, 2010
Tempahan Kuih Raya 2010
Puasa datang lagik..Kuih ape nak tempah untuk Raya kali ni???hmm seperti tahun-tahun yang sudah Pesona Food Industries menyediakan pelbagai jenis biskut tradisional yang kekal sama kualitinya..Pada yang pernah membeli dan merasa pasti tahu kualitinya jika nak dibandingkan dengan biskut kat luar sana.
Ok la..di bawah ni antara kuih raya yang ditawarkan:-
1. Kuih Semperit
Harga : RM 20 / 50 Biji (Bekas tin yang menarik n siap casing di dalam, so tidak mudah pecah)
Kuih semperit kami diperbuat daripada lepa susu & tepung yang bermutu tinggi. Resepi asli sejak turun temurun.
2. Tat Nenas
Harga : RM 22 /50 biji
Tat nenas yang sangat gedu dan lembut,pasti menyelerakan anda yang meminatinya.
3. Kuih Bangkit
Harga : RM 20 / 50 biji (muat bekas)
Kuih bangkit sangat terkenal di kalangan masyarakat melayu kita. Tidak sempurnalah raya kalau tiada biskut tradisional kita kan?
4. Crumb Choc
Harga : RM 20 50 biji
Biskut yang disaluti badam rangup dan dicelup penuh coklat. Biskut ala-ala 'ferero rocher' ini boleh membuatkan 'chocoholic' di luar sana tidak tertahan.
5. Almond London
Harga : RM 22 50 biji
Biskut berisi sebiji badam rangup yang disaluti coklat penuh yang lazat dan ditaburi badam cincang. Tahan lama dan tidak mudah masuk angin.
6. Makmur
Harga : RM 22-55biji
Biskut berisi sebiji badam hancur di dalam dan ditaburi gula halus di luar.
7. Tat Slower RM22-50 Biji
8. Biskut Badam Crunch RM20-50 Biji
9. Green Peas-RM 20-50 Biji
10. Tat Berry-RM20-40 Biji
** sila email terus kepada kami sekiranya anda ingin membuat tempahan melebihi 50 bekas. Harga boleh dirunding lagi.
Tempahan dibuka 1 July 2010 sehingga 25 August 2010 (15 Ramadhan)
Tuesday, May 25, 2010
Amalan Semasa Mengandung
Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung
by MOMMY LYNA on JULY 24, 2009 · 21 COMMENTS
Normal bagi masyarakat kita, semasa mengandung untuk mengamalkan beberapa petua, bukan saja untuk kesejahteraa ibu semasa mengandung, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan semasa proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal seperti regular check up, elakkan aktiviti lasak, etc. amalan dan petua yang popular ialah yang bersangkutan dengan kerohanian.
Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
- Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
- Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
- Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
- Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
- Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
- dan sebagainya.
Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.
Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.
Orang2 tua juga ada petua tersendiri untuk ibu mengandung seperti tak boleh makan benda2 sejuk dan berangin, tak boleh memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong binatang, bawa paku dan sebagainya. Tapi biasanya benda ni orang dah tak pakai sebab tak relevan lagi di zaman moden serba canggih ni. Iyolah, kalau dah mak yang masak hari2, tak boleh potong binatang, pe jadahnya nak makan sayur setiap hari? Ingat herbivor ke. Tapi bagus jugak kan alasan ni dipakai untuk upah tukang masak (makan luar ler..).
Walau bagaimanapun, agak sayang kadang2, sebab amalan itu cuma dibuat semasa mengandung saja. Kalau tak mengandung, usahkan nak mengaji, al-Quran pun dah lupa letak di mana. Usahkan nak baca surah Yusuf (yang masa mengandung sehari dalam 10kali baca sebab nak anak hensem), surah al-Ikhlas pun baca masa solat je. Pastu mulut pun ikut lepas sedap dia je, masa mengandung bukan main lagi jaga, takut2 terkena pada anak.
Mungkin sebab itulah Allah berikan nikmat syahid kepada ibu yang meninggal semasa melahirkan anak. Bukan saja pengorbanan sakit melahirkan, tapi juga banyaknya amalan semasa mengandung. Agak2 kalau time lain, memang tak layak langsung nak dapat syahid, tapi masa mengandung memang solehah habis.
Alangkah menariknya jika amalan2 tersebut dapat dilakukan secara berterusan, bukanlah sebab kita sebagai ibu, tapi kerana kita juga sebagai hamba. Allah menyukai amalan yang istiqamah – amalan yang sedikit tapi berterusan. Lagipun, dengan meniatkan amalan2 semasa mengandung untuk dapatkan anak yang begini-begini, dapatlah anak yang begini-begini, tapi apakah kita pernah terfikir akan pahala yang kita dapat kerana niat yang bukan Lillahi Taala?
Tapi bagus juga la, sekurang2nya ada juga masa dalam hidup ni yang mana kita fokus terhadap ibadat dan menjaga akhlak kan. Kalau masa lain tu tak tentu lagi.
Sebetulnya, saya tiada amalan/surah/doa tertentu semasa mengandung. Saya meneruskan pembacaan al-Quran seperti biasa kerana saya percaya al-Quran adalah Syifaa’, dan juga membaca surah2 di atas tadi tu sebagai tambahan.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amal yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar (amalan2 khurafat, etc.) dan roket sains
Resipi..Nak Try tak??
Baked Apple Slices with Peanut Butter Crumble
Kiriman: Aida
Sumber: hershey's recipe
Hits: 532 Rating: 10.00 Review: 0
Bahan-Bahan: 4 cawan kepingan epal
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum
3 sudu kecil marjerin
1 cawan quaker oat
½ sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan peanut butter (kasar)
Cara: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 350F', Griskan loyang bersaiz 9 inci persegi
2. Didalam bekas, gaulkan epal bersama 3/4 cawan gula dan 1/4 cawan tepung. Masukkan kedalam loyang pembakar. Ratakan dan titikan dengan 2 sudu kecil marjerin
3. Campurkan oat,lebihan tepung dan gula bersama serbuk kayu manis, ketepikan.
4. Cairkan 1 sudu teh marjerin bersama peanut butter diatas dapur gas. Sejukan sebentar dan gaulkan bersama-sama campuran oat dan tepung tadi sehingga menjadi seperti serbuk roti.Taburkan ke atas epal tadi.
5. Bakar selama 40 mins atau sehingga epal lembut dan kekuningan.
Cadangan Hidangan: Sedap dimakan begitu sahaja ataupun bersama aiskrim vanilla
Chicken Ravioli Recipe
Ravioli with chicken, sage & basil sauce.
Ingredients
- 1 1/2 pkgs.(8oz.) fresh chicken ravioli
- 3 tbls. butter
- 2 tbls. fresh Basil
- 3 tbls. shallots, minced
- 2 1/2 cups hot chicken broth
- 3 tbls. fresh sage, chopped
- 1/3 cup whole milk or half-and-half
- 4 tbls. flour, all-purpose
- Parmesan cheese
- salt and pepper to taste
Ravioli Sauce
- 1. Cook the ravioli according to package directions or until tender but still firm. Drain, keep warm.
- 2.In a heavy frying pan or cast iron skillet, saute the shallots in butter over medium heat till golden, 3 to 4 minutes. Reduce heat to medium low, stir in the flour for 1 minute then the sage and basil. Add the chicken broth and whisk till the sauce is thick, 4 to 5 minutes. Stir in the milk bringing the sauce back to a simmer. Remove from heat and salt and pepper to taste. Pour sauce over hot ravioli and toss to coat. Sprinkle generously with Parmesan cheese and garnish with an additional teaspoon of fresh chopped basil.
Serve hot with French bread and have extra Parmesan cheese at the table.
Grilled Chicken & Shrimp Recipe
Grilled Chicken & Shrimp Scampi.
Ingredients
- 1/2 lb medium shrimp
- 1 lb. chicken breast, bone-less
- 1/4 cup melted butter
- 2 cloves garlic, minced
- 1/2 tsp. ground cumin
- 1 tsp. onion powder
- 1 tbs. lime juice
To grill shrimp, peel and de-vein by splitting on underside down to tail. Try to avoid cutting meat. (use sharp knife or scissors). Cut chicken into 1 inch cubes. Combine garlic, lime juice, butter, onion powder and cumin in a bowl, add shrimp and chicken. Stir to coat with butter sauce and refrigerate 1 hour.
While starting the barbecue, string chicken and shrimp on separate skewers. Grill about 4 to 5 inches over hot to medium coals, turning a few times and basting with remaining marinade. Cook shrimp 5 to 6 minutes and chicken 10 to 12 minutes. Adjust grilling time according to temperature of coals and outside air. Serve with rice or Italian pasta. Serves 2
Bahan-bahannye..
1. Mushroom button
2. Halia (ketuk) (dalam 1 inci)
3. Kicap pekat
4. Kicap cair
5. Tepung jagung
6. Cili kering 4-5 biji (ikut pedas ko nak)
7. Ayam
8. Garam
9. Gula
Cara-cara:-
1. Rebus ayam+halia dengan air yg cukup (kuah utk 2 org)
2. Masukan kicap pekat+kicap cair+cili kering (gelap ikut suke)
3. Bancuh tepung jagung ngn air dan campurkan dlm kuah td sampai kuah jd likat/pekat
4. Masukan garam n gula secukup rase
5. Rendam yi mee
6. Potong sayur
7. Pastu tuang kuah itam tu ketas yi mee n sayur
p/s: Kalo nak best lagi, da campur sume tu masuk dlm microwave panaskan smpi sebati kuah,sayur dan yi mee tu
Selamat mencube
Tips untuk sume..
7 cara perangi selulit
Ketika hamil, tubuh mengalami perubahan hasil daripada peningkatan drastik hormon estrogen dan progesteron. Akibatnya, tubuh anda menghasilkan lebih banyak lemak selain pada masa yang sama menyimpan lebih banyak air. Setelah bersalin, tubuh anda sukar untuk kembali ke bentuk asal dalam tempoh yang singkat.
Penurunan berat badan biasanya berlaku secara bertahap dan mengambil masa beberapa bulan lamanya. Oleh kerana itulah, timbunan lemak yang tertinggal juga tidak akan serta-merta hilang. Malah di situlah selulit biasanya timbul.
Tidak manis dipandang
Tahukah anda, selulit bukanlah sekadar gumpalan lemak biasa. Ia merupakan timbunan sel-sel lemak pada jaringan kulit yang berlebihan. Apabila ini berlaku, permukaan kulit akan kelihatan tidak rata. Biasanya selulit banyak berselindung di bahagian perut, pinggul, punggung, paha dan lengan.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi anda mempunyai selulit. Ini bergantung kepada baka, jantina, jumlah lemak dalam tubuh, umur dan ketebalan kulit. Apabila kesemua atau sebahagian elemen ini bergabung, ia akan membentuk sejumlah selulit di tubuh anda itu. Selulit tidak berbahaya kepada kesihatan namun ia tidak manis dipandang. Oleh kerana itulah kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak mahu segera melenyapkan selulit yang ada di sana-sini.
Apakah anda salah seorang daripada mereka? Jika jawapannya ya, anda perlu mengamalkan pola hidup sihat selain menjalani rawatan secara teratur bagi menghapuskan musuh ketat wanita ini daripada pandangan mata.
1. Rajin bersenam
Selulit timbul akibat pengumpulan sel-sel lemak. Jadi, cara menghilangkannya ialah dengan menghapuskan sel-sel lemak tadi. Oleh itu, anda perlulah rajin bersenam. Senaman diakui dapat menjadikan otot tubuhmenjadi lebih fit, sihat dan segar.
Namun, untuk mengatasi selulit anda tidak boleh sembarangan memilih senaman tanpa mengetahui fungsinya. Dalam merealisasikan impian anda, pilihlah jenis senaman yang dapat membakar lemak di bahagian tubuh di mana selulit bertapak. Contoh terbaik ialah dengan berenang dan berbasikal.
Sehubungan itu, jika anda memilih untuk menggunakan senaman sebagai satu cara untuk melawan selulit, anda perlu pastikan tubuh benar-benar kuat untuk melakukannya. Biasanya, anda yang bersalin normal sudah boleh melakukan senaman selepas 40 bersalin. Namun, bagi yang melalui pembedahan caesarean, tunda dahulu keinginan anda. Anda boleh mula bersenam selepas tempoh tiga bulan tetapi sebaik-baiknya minta nasihat doktor terlebih dahulu.
2. Gizi seimbang
Biarpun anda ingin kembali langsing, harus diingat anda masih perlu menyusukan bayi. Jadi, anda memerlukan zat pemakanan yang mencukupi agar susu yang dihasilkan berkualiti. Meskipun begitu, ini tidak bererti anda perlu makan dalam jumlah yang banyak. Anda perlu bijak mengatur menu makanan agar setiap hidangan mempunyai nilai gizi yang diperlukan tubuh setiap hari.
3. Urutan + aromaterapi
Selain daripada memperoleh kenikmatan, urutan dipercayai membantu mengurangkan selulit. Teknik urutan yang betul berfungsi melancarkan peredaran darah. Secara tidak langsung, ia dapat menghancurkan timbunan lemak dalam tubuh yang sekali gus membuat tubuh jadi segar.
Untuk menambahkan lagi kenikmatannya, anda boleh menggabungkan urutan dengan penggunaan minyak aromaterapi yang dihasilkan daripada tumbuhan tertentu seperti minyak bunga mawar ataupun lavender.
4. Penggunaan krim atau losyen
Di pasaran banyak terjual krim atau losyen yang dikatakan dapat menghilangkan selulit. Sama ada krim atau losyen, kedua-duanya dipercayai dapat menghancurkan lemak, menghaluskan dan melembutkan kulit.
Walau bagaimanapun, tanya pendapat doktor terlebih sebelum menggunakan sebaran jenis krim atau losyen bagi mengelakkan kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku.
5. Minum ikut keperluan
Amalkan meminum air putih yang mencukupi iaitu enam hingga lapan gelas sehari bergantung kepada keperluan. Air membantu melancarkan sistem pembuangan termasuk pengeluaran zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.
6. Rokok beracun
Sekiranya anda perokok, hentikan amalan ini. Rokok sudah jelas mengandungi bahan berbahaya yang dapat meracuni paru-paru. Racun daripada rokok akan menyebabkan pembuluh-pembuluh darah halus tersumbat. Ini sedikit sebanyak akan melemahkan fungsi kelenjar dan kelenturan kulit yang akhirnya akan menambahkan lagi selulit di tubuh anda.
7. Hindari tekanan
Cuba kawal tekanan yang anda alami dengan sebaik mungkin. Ketegangan boleh menyebabkan otot tertekan dan menghambat fungsi kelenjar yang bertugas mengatur sistem pembuangan zat-zat yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Ho Chi Minh Trip
Hai sume,