Tuesday, May 25, 2010

Ho Chi Minh Trip



Hai sume,

Kat ni nak coretkan serba sedikit tentang pengalaman semasa pergi bercuti ke Ho Chi Minh 21st-24th May 2010.
Seramai 14 orang yang mengikuti rombongan cik kiah ni..saya dengan geng sime la 4 orang..joe,azeem and shasha..


Kitorang menginap di Hotel Saigon Pink yang terletak di Ben Thanh. Depan hotel ade Night Market,so boleh dikatakan setiap malam kitorang jalan kat Night Market.

oK..hari kedua..suma dijadualkan untuk pegi ke Cu Chi Tunnel..sayangnye aku tak dapat nak ikut coz kene la berhati-hati awal2 pregnancy ni.Dari cerita2 diorang ni menarik sangatlah tempat tu..tengok orang2 Vietnam survive time perang dulu yang buat lagi best tu siap bleh try menembak lagik..saya kemana??? hmm saya ikut makcik gi jalan kat Pasar Andong..sempatla rempat Vietnam Silk sepasang $45 utk 4 meter.

Hari ketiga, kitorang gi sendiri ke Sungai Mekong tambangnye $10 pegi dan balik. Perjalanan mengambil masa dlm 2jam tp 70km je dari Hotel kitorang. Along the way tu, mcm2 gaya orang tempat yang kitorang tengok, lain la dari Malaysia. Kat Sungai Mekong ni kitorang naik bot utk turun kat small2 island. Kat situ kitorang minum madu+tea..yang bestnye leh nek sampan,best jgak sebab tak penah naik..

Hari keempat..sempatla pegi ke Ben Thanh Market tu kejap mengabiskan duit yang ade,kul 12 sume berkumpul nak pi lunch and dalam kul 130 kami pon gerak ke airport.

hmm tu la je la yang sempat dicoretkan untuk kongsi bersama..

No comments:

Post a Comment